Home Berita PAS Selangor

Sambutan hari bapa 2021 – Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

154
SHARE

May be an image of 3 people, headscarf and text that says "Selamat Hari Bapa 20 JUN 2021 Semoga setiap titis keringatmu dalam membesarkan kami akan tumbuh sebagai pohon mawar yang mengharum di taman syurga-mu Ketua Muslimat Timb. Ketua Muslimat Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan Naib Ketua Muslimat Puan Noraini Hussin Puan Dr. Azimah Ibrahim Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Muslimat PAS Selangor musimat P."

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Shah Alam | Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan Ibu dan Bapa, pastinya mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu atau hari Bapa dan ianya sudah menjadi resam oleh masyarakat dunia termasuk di Malaysia untuk meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa

Tidak kira apa anutan agama seseorang, tiada sebuah agama pun yang menegah perbuatan menghormati ibubapa namun sebaliknya menegah perbuatan tidak menghormati mereka. Ibu dan Bapa tetap dihormati dan dihargai kerana pengorbanan dan jasa mereka kepada anak-anak

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan Selamat Hari Bapa 2021 kepada semua insan yang bergelar bapa. Semoga setiap pengorbanan dan kasih sayangmu selaku seorang bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak akan diberi ganjaran oleh Allah SWT dan kekal dianugerahi rahmatNYA.

“Selamat Hari Bapa”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor