Home Berita PAS Selangor

Bantuan buat ahli PAS yang terjejas – Muslimat PAS DUN Gombak Setia

25
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Penduduk dibawah Parlimen Gombak lebih-lebih lagi dibawan DUN Gombak Setia kerana terdapat sangat ramai orang yang pemurah memberi sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan dan mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Menurut hantaran media sosial Muslimat PAS DUN Gombak Setia, 50 orang lagi ahli PAS, penduduk cawangan Simpang 3 dan juga penduduk sekitar Kg Changkat telah menerima sumbangan barang- barang keperluan dapur yang ditaja oleh Ustaz Hazmi daripada Sahabat Amal Care.

Menurut kenyataan mereka,” kita cakna keperluan ahli kita yang terkesan dengan keadaan Covid-19. Semoga penyumbang dan penerima akan berterusan diberi keafiatan dan dapat menjaga keluarga dengan baik”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor