Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sambut Baik Ketetapan Terkini Pengimarahan Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan

44
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Sambut Baik Ketetapan Terkini Pengimarahan Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan

1. Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) menyambut baik dan berterima kasih kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas ketetapan terbaharu aktiviti pengimarahan masjid dan surau di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya menuju fasa endemik.

2. Berkuatkuasa 1 April 2022, semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk melaksanakan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal, menerima kehadiran jemaah yang telah divaksinasi tanpa had umur serta menjalankan solat sunat Tarawih, qiamullail, tadarus dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadhan tidak lama lagi.

3. Pengumuman oleh pihak JAWI ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di negara ini memandangkan banyak aktiviti ibadah terpaksa dikawal dengan ketat sejak bermulanya pandemik Covid-19 pada tahun 2020.

4. Ketetapan terkini ini seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh seluruh umat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dalam usaha mengimarahkan masjid dan surau menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.

5. Semoga kebenaran daripada pihak berkuasa ini menjadi pemangkin kepada pertambahan ibadah, munajat dan doa agar kita diberikan kesejahteraan serta selamat dari sebarang wabak dan kemudaratan.

#IslamMenyatukanUmmah
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#WilayahSejahtera

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan
17 Mac 2022 | 14 Shaaban 1443H