Home Berita PAS Wilayah

Murid Dibantu Melalui Program Back To School

69
SHARE

Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU 18MAC : Seramai 130 pelajar sekitar Wangsa Maju menerima bantuan awal persekolahan dalam Program Back To School 2022 pagi ini di Dewan Masyarakat Taman Setapak di sini pada 13 mac lepas.

Program anjuran oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Wangsa Maju dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Majlis disempurnakan Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Puan Hajah Nuridah Binti Mohd Salleh. Dalam ucapannya, beliau menyaran Kumpulan sasar yang bakal menerima bantuan ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang tergolong dalam golongan fakir atau orang miskin.

“PAS Wangsa Maju telah menyasarkan lebih 100 orang pelajar sekolah di sekitar Wangsda Maju sebagai penerima kit bantuan peralatan sekolah.

Turut hadir dan menyampaikan sumbangan dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Pengerusi Lajnah Kebajikan, Solahuddin Al-Ayubi, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wansga Maju, Nor Fazriah