Home Artikel PAS Selangor

Saling Bermuafakat Bagi Membangunkan Sebuah Negeri – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Laras Nukilan TKP PAS Negeri Selangor

287
SHARE

Oleh : Ustaz Muhamed Sukri Omar

Jiwa besar YB Dato Seri Dr Zahid Hamidi dan YB Dato Sri Bung Moktar Radin khususnya UMNO Online sewajarnya diberikan pujian. Kerana memberi laluan pada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.

Disinilah membuktikan betapa fokus Gabungan Rakyat Sabah (Barisan Nasional + Perikatan Nasional + Parti Bersatu Sabah) untuk membela nasib rakyat Sabah. Tiada ensiden perebutan jawatan Ketua Menteri dan lompat parti setelah rakyat Sabah membuat pilihan. Saling bermuafakat bagi membangun negeri, memberikan fokus bagi menjaga kebajikan rakyat Sabah.

Tiada beza borneo atau semenanjung kerana kita sebuah BANGSA MALAYSIA. Kita KELUARGA yang tidak boleh dipisahkan. Mereka yang cuba mencetuskan pergolakan dan mengugat keharmonian adalah PENGKHIANAT NEGARA.

Ayuh kita terus fokus melawan Covid-19, Moga kita menang!

Tahniah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor diatas perlantikan Ketua Menteri Sabah yang baru. Terbaik rakyat Sabah.

Ayuh TUMBANGKAN DAP di seluruh Malaysia!

Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor