Home Artikel PAS Perak

Salam Takziah: Ustazah Rafkah kembali ke rahmatullah

2039
SHARE

 

[ Salam Takziah ]

إنا لله وإنا إليه راجعون

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Ahli Jawatankuasa DMPN Perak, Ustazah Aaliah Binti Abd Aziz di atas perkhabaran duka atas pemergian bonda tercinta (Ustazah Rafkah) ke rahmatullah.

Ustazah Hajjah Rafkah bt Alang Abdul Mutalib,91, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7 petang. Allahyarhamah merupakan mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mulai tahun 1984 selama dua penggal.

Jenazah Allahyarhamah Ustazah Rafkah akan disolatkan di Masjid Solatiah, Rapat Setia Ipoh Perak pada jam 9:30 pagi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Rapat Setia sekitar jam 10:30 pagi. Sahabat handai yang ingin menziarahi boleh lah hadir ke masjid dengan mematuhi segala peraturan musim pandemik ini.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menzahirkan rasa hiba di atas pemergian arwah ke rahmatullah. Kami semua menjadi saksi bahawa arwah merupakan seorang muslimat PAS yang sangat aktif dalam gerak kerja jemaah.

Telah banyak jasa dan keringat yang disumbangkan oleh Allahyarhamah sepanjang memimpin pimpinan Dewan Muslimat PAS Perak. Sesungguhnya kami benar-benar merasakan kehilangan sebuah butir permata berharga.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan menempatkan arwah bersama golongan syuhada’. Kerehatan abadi buatmu, bonda seperjuangan kami semua. Al-Fatihah.

انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها واسكنها فسيح جناته الفردوس الأعلى من الجنة.

Dr Najihatussalehah Binti Ahmad,
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
10 Mac 2021 | 27 Rejab 1442H