Home Kenyataan Media Presiden PAS

Salam Takziah Kepada Ahli Keluarga Dan Anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat

3258
SHARE

SALAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA DAN ANGGOTA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di atas pemergian enam anggota penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas dan terkorban dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.

Kami mendoakan ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan anggota Bomba diberikan ketabahan dan kesabaran atas ujian yang menimpa. Marilah kita mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat, diberikan kebaikan atas amal yang soleh ini dan ditempatkan bersama para syuhada’.

Al-Fatihah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS