Home Artikel PAS Perak

Ijtimak Tarbawi : Medan Latihan Hadapi PRU15

161 views
SHARE

Bukit Gantang , 30 September : Ijtimak Tarbawi yang dianjurkan oleh PAS Bukit Gantang adalah bertujuan menyemarakkan amal tarbawi dikalangan ahli PAS supaya memiliki kekuatan dalaman bagi menghadapi cabaran dalam menuju PRU15.

Perjuangan Islam yang didokongi akan bedepan dengan pelbagai cabaran samada dari luar atau pun dalaman.

YDP PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata, di samping merapatkan ukhwah islamiah ,himpunan ini juga dapat memberi motivasi kepada semua ahli dan penyokong pas supaya kembali berjuang menuju pru15.

Beliau ditemui ketika hadir menjalankan gotong royong penyediaan tapak untuk program Ijtimak Tarbawi di Markaz Tarbiyyah PAS Bukit Gantang di Bukit Cempedak , dekat sini, pada 30 September yang lalu.

Beliau juga menyeru semua ahli dan pendokong PAS untuk hadir ke program Ijtima Tarbawi PAS Bukit Gantang pada Sabtu ini bermula jam 2 petang.

Selain dari merapatkan silaturrahim, Ijtimak Tarbawi adalah untuk melatih para amilin menyuburkan pusat pendidikan dan tarbiyyah untuk dijadikan agenda utama gerakan kebangkitan di masa depan,”jelasnya mengakhiri bualan.