Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Salam Takziah Buat Keluarga Mangsa Korban Pesawat Lion Air JT-610

2186
SHARE

Salam Takziah Buat Keluarga Mangsa Korban Pesawat Lion Air JT-610

1. Sesungguhnya daripada Allah S.W.T kita datang dan hanya kepada Dia jualah kita kembali.

2. Kematian itu boleh berlaku dalam apa jua keadaan sekalipun tanpa kita sangka, tak kira masa, ketika, tempat dan bagaimana caranya.

3. Semalam 29 Oktober kita dikejutkan dengan berita Pesawat Lion Air JT-610 yang telah terhempas dalam perjalanan ke Jakarta, mengakibat hampir 189 penumpang termasuk krew kabin maut terkorban.

4. Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan rasa hiba atas kejadian yang berlaku, diharap agar semua ahli keluarga yang terlibat bersabar dengan ujian ini dan mengambil pengajaran di atas dugaan yang menimpa.

5. Sesungguhnya kematian itu seharusnya menjadi peringatan buat kita yang masih hidup agar sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapinya kerana bukan kita yang merencana detik kematian, tetapi kuasa Allah S.W.T jualah yang mentaqdirkan segalanya.

Ustazah Nuridah Mohd. Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
30 Oktober 2018 bersamaan 22 Safar 1440