Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Salam Takziah Buat Keluarga 3 Beradik Lemas

1046
SHARE

Salam Takziah Buat Keluarga 3 Beradik Lemas

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن اللَّهُمَّ اغْفِرْ لهمْ وَارْحَمْهمْ وَعَافِهمْ وَاعْفُ عَنْهمْ

Menerima perkhabaran pada lewat petang 27 Mei bahawa 3 beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu. Mereka dikatakan mandi sungai yang hanya 200 meter dari rumah kediaman.

Petang hari ini, 28 Mei Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) telah berjaya menemui ketiga-tiga orang mangsa iaitu Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17 dan Khalif Naim, 16.

Di kesempatan ini, Ustazah mengucapkan Salam Takziah terutamanya buat ayah ketiga-tiga mangsa serta seluruh ahli keluarga atas pemergian di bulan Syawal yang mulia ini. Sungguh kehilangan ini pasti perit terasa oleh ahli keluarga kerana baru sahaja menyambut Aidilfitri bersama-sama.

Membaca latar belakang tiga beradik ini, 2 antara mereka masih bersekolah menengah (sekolah agama sekitar Terengganu) dan seorang penuntut Universiti Malaya. Sudah pasti mereka bukan remaja biasa-biasa, mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amalan mereka dan ditempatkan bersama orang soleh dan para nabi.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
5 Syawal 1441H
28 Mei 2020