Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Salam Takziah Atas Pemergian Tan Sri Napsiah Omar.

365 views
SHARE

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TAN SRI NAPSIAH OMAR

PAS Negeri Sembilan merakamkan salam takziah buat keluarga Almarhumah Tan Sri Napsiah Omar yang baru sahaja pulang ke rahmatullah petang tadi (16 April 2018).

Beliau merupakan salah seorang wanita Muslim yang pernah berbakti buat Negeri Sembilan sebagai anggota DUN Pilah dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan sekitar tahun 1996. Dengan jasa-jasa beliau, moga ia dinilai sebagai salah satu amalan baik yang diterima Allah SWT.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan menempatkan beliau dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

PUAN HAJAH FAZILAH BINTI ABU SAMAH,
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan.
16 April 2018