Home Berita PAS Wilayah

Salam Nuzul Quran, 17 Ramadan

990
SHARE

Bismillahirrahmanirrahim,

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah.”
(Al-Baqarah : 185)

Sempena Nuzul Quran hari ini, PAS Kawasan Titiwangsa ingin mengajak umat Islam agar dapatlah melapangkan waktu seharian untuk membaca dan memahami kandungan Al-Quran.

Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesucian Al-Quran daripada perkara tidak baik.

Akhir kata, tidak akan rugi orang yang membaca Al-Quran, malah pembaca tersebut akan mendapatkan pahala kebaikan yang banyak. Oleh itu, dari bulan Ramadhan inilah kita perlu usahakan membaca Al-Quran dan meneruskan membaca Al-Quran pada bulan-bulan berikutnya.

Islam Memimpin Perpaduan. Al-Quran Pedoman Sepanjang Zaman.

HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa.

 

10 Mei 2020 | 17 Ramadan 1441H