Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

SALAM KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH S.A.W

2111
SHARE

SALAM KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH S.A.W

Sabda Rasulullah :

“يا أيها الناس إنما أنا رحمة مهداة.”
Mafhumnya : Wahai sekalian manusia, aku merupakan rahmah yang dihadiahkan (oleh Allah kepada sekalian alam).

Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir penutup segala nabi membawa risalah Islam dan membenarkan segala ajaran Nabi dan Rasul terdahulu.

Hadirnya satu rahmah buat seluruh umat manusia bahkan Baginda merupakan pembuka kepada peradaban baru yang membebaskan manusia daripada kejahilan.

Bukan sekadar pada ajarannya, bahkan pada sosok perwatakannya ada qudwah dan uswah.

Baginda mempamerkan akhlak yang terpuji dan menjadi qudwah hasanah untuk umat akhir zaman. Segala tingkah laku, percakapan dan sikap Baginda adalah sunnah yang sewajarnya diikuti oleh kita semua.

Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 153 yang bermaksud:

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan ini mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa”.

Hari ini, sempena hari Maulidurrasul ini, marilah sama-sama kita menghayati dan mencontohi perjuangan Baginda S.A.W bukan sahaja sebagai pemimpin masyarakat, tapi sebagai ketua keluarga, sahabat, peniaga dan sebagainya.

Perbanyakkan selawat sebagai tanda kecintaan kita kepada Baginda sekurang-kurangnya dengan lafaz yang paling ringan:
اللهم صل على محمد.

Salam Maulidurrasul 1441H

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH BINTI SALLEH
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
12 Rabiul Awwal 1441
09 November 2019