Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Salam Aidilfitri 1442H – BPPWP

47
SHARE

الله أكبر
الله أكبر
الله أكبر
ولله الحمد

Alhamdulillah kita sekali lagi berjaya mengharungi sebulan Ramadhan dengan kesempatan beramal ibadah yang begitu banyak meskipun dalam suasana norma baharu.

Ramadhan kali ini mengajar kita banyak perkara antaranya erti kesabaran, pengorbanan dan banyak lagi. Semua ini perlu kita muhasabahkan ke arah pembentukan diri yang lebih baik.

Di fasa akhir Ramadhan kali ini juga, kita bersolidariti bersama saudara-saudara kita di Palestin yang diserang teruk oleh rejim Zionis dan mendoakan agar mereka diberi kemenangan oleh Allah SWT sebagaimana dimenangkan tentera perang Ahzab yang kita ungkapkan saban tahun dalam takbir-takbir raya kita.

Aidilfitri, intinya ialah merayakan diri kita yang kembali fitrah atau suci setelah sebulan ditarbiyah di bulan Ramadhan. Maka kejayaan itu seharusnya disambut walaupun dalam suasana norma baharu.

Andai ada kelemahan sepanjang proses tarbiyah itu, jadikanlah ianya iktibar agar kita dapat melayari 11 bulan berikutnya dengan bekal iman dan taqwa.

Di kesempatan ini, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saf kepimpinan mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan. Semoga Allah menerima amalan kita semua.

تقبل الله منا ومنكم

Siiru ‘ala barakatillah.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

Wilayah Sejahtera.

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
12 Mei 2021 l 30 Ramadhan 1442H