Home Artikel PAS Pusat

Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

28
SHARE

Ramadan sudah berlalu pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Mohon dimaaf kekhilafan diri.

Setelah sebulan kita bermujahadah melawan hawa nafsu di bulan Ramadan, kini tiba masanya kita meraikan kemenangan di Hari Raya Aidilfitri.

Di kesempatan ini, Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia.

Raikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan seiring dengan keadaan negara yang masih dilanda wabak COVID-19. Kekal patuhi SOP di mana sahaja berada.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَجَعَلْنَا مِنَ الْعَآئِدِينَ وَالْفَآئِزِينَ

Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.