Alhamdulillah sekali lagi kita telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk mendidik diri dan jiwa dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah.
Teruslah mengerjakan amal soleh dan kebajikan yang telah kita pupuk di sepanjang madrasah Ramadhan yang lalu dalam bulan-bulan yang mendatang.
Demikian itu adalah antara tanda kita telah beroleh ketaqwaan iaitu apabila kekal istiqamah dalam membuat kebaikan tanpa mengira masa dan keadaan.
Walaupun Syawal kali ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, pastikan kita tetap mengisinya dengan amalan-amalan yang bermakna.
Kirimkan salam kemaafan dan doa kesejahteraan buat ahli keluarga serta sahabat handai walau tidak dapat bertemu muka.
Ambil berat pada jiran tetangga dan masyarakat di sekeliling kita kerana mungkin ada di antara mereka yang mengalami kesulitan untuk berhari raya tahun ini lebih-lebih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan masih belum berakhir.
Dalam keseronokan meraikan hari raya, jangan lupa tentang amalan normal baharu sebagaimana yang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa negara kita.
Akhir kata, PAS Kawasan Batu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat seluruh umat Islam di Malaysia khususnya.
Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu.
تقبل الله منا ومنكم.
“Islam Memimpin Perpaduan”
PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU