Home Artikel PAS Sabah

PAS Beri Bantuan Khas Raya ringankan beban penduduk Pulau Shanghai.

324
SHARE

Oleh : Laila Ismail
23 MEI 2020

BATU SAPI : Menjelang Hari Raya Aidilfitri pastinya menimbulkan keresahan bagi golongan terjejas sepanjang Perintah kawalan Pergerakan PKP dilaksanakan.

Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Batu Sapi sekali lagi turun menyantuni penduduk Pulau Shanghai semalam untuk menyampaikan Set barang dapur dan keperluan hari raya.

Seramai 60 buah keluarga mendapat set berisi keperluan dapur, ayam dan biskut raya yang disampaikan di Jeti Kampung Bahagia.

Norsah Bongsu, Naib Yang Dipertua PAS kawasan Batu Sapi merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah sendiri yang telah menyampaikan sumbangan tersebut menyatakan penuh syukur atas kerjasama yang diberikan oleh semua petugas PAS yang sentiasa berkomitmen dan sempat memberi nasihat kepada semua yang hadir agar sentiasa tabah dan bersyukur dengan ujian yang Allah berikan.

Turut hadir dalam program ini adalah Masru Mustaqeem, Ketua Pemuda PAS kawasan Batu Sapi, Nur Izzati Yusof Ketua LKK PAS kawasan Batu Sapi serta aktivis Gambas Batu Sapi Azlani Rayqiezan.