Home Berita PAS Wilayah

Salam Aidilfitri

1268
SHARE

Memandang ke kiri dan kanan, suasana Ramadan kali ini sedikit berbeza daripada tahun sebelumnya. Ramai yang sakit, ramai yang bersendirian, ramai yang masih bertungkus lumus menyelamatkan nyawa, tidak kurang juga yang semakin bersederhana.

Dalam beberapa detik sahaja, pintu Ramadan akan kembali tertutup dan pintu Syawal akan terbuka luas. Masuklah kita ke dalam bulan Syawal kali ini dengan penuh ketaqwaan. Jika masih belum jumpa akan kunci taqwa itu, mohon lah kepada Allah agar dilunakkan hati yang keras ini untuk berhadapan dengan bulan mendatang sehingga kita bertemu dengan Ramadan yang seterusnya.

Berayalah dengan norma baru yang selamat. Fikirkan tentang orang yang lebih tua dan anak kecil yang lemah tubuh badannya. Kita masih dalam fatrah ujian yang tidak tahu di mana penghujungnya. Ikutlah garis panduan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa. Semoga Allah menatijahkan kebaikan buat kita semua.

PAS Kawasan Bandar Tun Razak(BTR) bersama Dewan Pemuda PAS BTR dan Dewan Muslimat PAS BTR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia khususnya penduduk Parlimen Bandar Tun Razak.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَا وَمِنْكُمْ. جَعَلَنَا الله وَإِ يَّاكَ مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ كُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ.

#SalamAidilfitri
#1441H
#StayAtHome
#PASKawasanBTR
#DPPBTR
#DMPBTR