Home Artikel PAS Wilayah

Hikmah Aidilfitri Di Sebalik Covid19

224
SHARE

HIKMAH AIDILFITRI DI SEBALIK COVID-19

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, hari ini 1 Syawal kita meraikan hari raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T.

Dalam kegembiraan kita merayakan Idul Fitri yang penuh keberkatan ini, ketahuilah kita sebenarnya masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 yang masih melanda negara. Dalam Surah al-Mulk, Ayat 2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya.

Firman Allah swt

Maksudnya:
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”

Dalam sejarah Islam, tindakan seperti ini pernah direkodkan apabila pandemik penyakit pernah melanda Mekah, Iraq, Palestin dan Sham yang menyebabkan beberapa kawasan ditutup termasuklah masjid yang langsung tidak dapat didirikan solat berjemaah. Namun selepas itu, keadaan kembali seperti biasa dan masyarakat dapat menjalankan kehidupan harian seperti sediakala. Kita perlu ingat bahawa ujian ini menjadi rahmat kepada insan bersabar dan memberikan tindak balas yang betul dalam menghadapinya.

Sebagai hamba Allah yang beriman, perkara pertama yang mesti
didahulukan apabila ditimpa musibah adalah mengingati Allah.

Firman Allah SWT:ٌ

Maksudnya : (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (Surah al-Baqarah ayat 156)

Justeru itu, seluruh kepimpinan PAS Kawasan Wangsa Maju mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Wangsa Maju dan Malaysia.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلهَ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Tulus Ikhlas,

USTAZ ABDUL RANI BIN MOHAMED DAUD
YANG DIPERTUA PAS KAWASAN WANGSA MAJU