Home Artikel PAS Selangor

Saidina Abu Bakar RA Menangis Di Sisi Rasulullah SAW – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

316
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif J

Menurut riwayat yang rajih, Rasulullah SAW bertolak dari rumahnya menuju ke gua Thur pada dua haribulan Rabi’ul Awwal setelah tiga belas tahun dibangkitkan menjadi nabi dan rasul.

Apabila sampai di Gua Thur, Saidina Abu Bakar RA terlebih dahulu masuk ke dalamnya untuk memastikan tiada binatang buas atau binatang berbisa. Saidina Abu Bakar RA mengoyak kainnya untuk menyumbat ke lubang-lubang yang ada di dalam gua itu.

Setelah dipastikan bahawa tiada binatang berbahaya, Saidina Abu Bakar RA pun memanggil Rasulullah SAW masuk ke dalam gua tersebut. Rasulullah SAW masuk dan tidur lena dengan meletakkan kepalanya di atas riba Saidina Abu Bakar.

Sedang Rasulullah tidur, tiba-tiba kaki Saidina Abu Bakar RA disengat binatang bisa. Dia menahan kesakitan yang dirasainya dan tidak bergerak agar Rasulullah SAW tidak terjaga.

Oleh kerana terlalu pilu sakitnya lantas air mata Saidina Abu Bakar RA jatuh ke atas muka Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW terjaga dan bertanya, “apakah yang berlaku wahai Abu Bakar?”

Saidina Abu Bakar RA memberitahu bahawa ia telah disengat binatang. Lalu Rasulullah SAW meludah ke tempat yang disengat dan hilanglah sakitnya serta merta.

Mereka berada di gua selama tiga malam (Malam Jumaat, Sabtu dan Ahad) pada 2, 3 dan 4 Rabi’ul Awwal.

Marilah kita mengambil pengajaran dalam bulan Rabi’ul Awwal ini dengan menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar RA dalam kisah beliau bersama baginda Rasulullah SAW.

Fb : Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor