Home Artikel PAS Selangor

Hentikan Krisis Dan Polemik Politik Yang Berpanjangan – Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS

308
SHARE

Oleh : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Fokus Kepada Rakyat dan Negara

  1. Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik Covid-19 setelah mencatatkan angka tiga digit dan jumlah kes positif semakin meningkat dari hari ke hari. Penularan yang merebak hampir ke seluruh pelusuk negeri di Malaysia amat meresahkan kerana ia menjejaskan hampir keseluruhan rutin kehidupan.
  2. Namun, apabila tercetusnya drama politik yang dimainkan oleh segelintir ahli politik amat menjengkelkan rakyat dan tidak relevan dengan situasi semasa.
  3. Ketika ini setiap wakil rakyat, perlu memainkan peranan membantu dan meringankan beban rakyat menghadapi tempoh masa yang sukar ini.
  4. Hentikan kemelut politik dan tumpukan kepada usaha membantu rakyat.
  5. Rakyat amat memerlukan bantuan dan sokongan untuk meneruskan kehidupan. Bukan sahaja dari sudut kewangan malah sokongan moral dan emosi. Sementelah PBB juga mengesahkan bahawa, penularan COVID-19 berisiko mencetuskan krisis kesihatan mental secara global, sekali gus menuntut tindakan kerajaan membantu mereka yang terkesan.
  6. Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor menuntut ahli politik dan pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat agar hentikan kemelut politik yang tidak menguntungkan rakyat sebaliknya bekerja memberi tumpuan pada usaha membantu rakyat dan menjaga keselamatan negara.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor