Ukhuwah sesama pimpinan Muafakat Nasional Negeri Selangor terus padu dan erat. Perpaduan anugerah Allah SWT ini harus dipelihara dengan penuh cermat.
Pengerusi UMNO Selangor YB Tan Sri Noh Omar dan Setiausaha Datuk Kamaruzaman Johari bersama Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi dan Setiausaha Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir baru saja selesai berbincang isu-isu semasa di dalam Negeri Selangor.
Pertemuan diadakan di Pejabat Pengerusi PUNB Di bangunan PUNB Jalan Tun Razak.
Semoga PAS Negeri Selangor dan UMNO Negeri Selangor dapat bersama-sama memimpin rakyat Selangor serta memacu Negeri Selangor pada PRU15 yang akan datang.
Muafakat membawa berkat insyallah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor