Home Berita PAS Selangor

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – PAS Selangor Mengucapkan Takziah Kepada Keluarga Saudara Mohd Zaidi B Abdul Samat

733
SHARE

Kota Raja, 3 September 2020

Pimpinan PAS Selangor telah menerima berita sedih dengan pemergian pasangan aktivis PAS bersama cucunya.

Almarhum Abdul Samat B Mat Isa bersama isterinya Almarhumah Saimah Bt Khailany serta cucunya Almarhumah Nur Zarra Bt Mohd Zaidy telah terlibat dalam kemalangan pada Jumaat lepas.

YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor bersama Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, Timbalan Pesuruhjaya 2, Ustazah Wan Hasrina, Ketua DMPN Negeri Selangor serta Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Raja Tuan Hj Mohamed Diah Baharun dan Pimpinan kawasan Kota Raja yang lain turut serta hadir menziarahi keluarga Mohd Zaidi di Kampung Bukit Lanchong sebentar tadi.

YB Dato Pesuruhjaya berkesempatan memberi kata nasihat dan semangat serta sumbangan bagi pihak PAS Selangor kepada Keluarga Mohd Zaidi.

Moga semuanya redha dan sabar dengan ketentuan Illahi ini.

Al Fatihah….

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor