Home Berita PAS Selangor

Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – Kemerdekaan Negara

693
SHARE

Leftenan Adnan :

Anak Selangor Perintis Perjuangan Kemerdekaan Negara (Siri – 2)

Penglibatan Dalam Askar Melayu

Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) atau juga disebut sebagai Askar Melayu merupakan satu pasukan tempur Infantri dan merupakan rejimen tertua di dalam Tentera Darat Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1933. Adnan Saidi ketika berusia 18 tahun mengambil keputusan untuk memasuki tentera iaitu pada tahun 1933 tersebut, Adnan memasuki Rejimen Askar Melayu dan terpilih sebagai rekrut terbaik pada ketika itu.

Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan. Kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang askar muda. Pada tahun berikutnya 1937, beliau terpilih mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Satu penghormatan yang diberikan kepadanya.

Dengan semangat dan daya juang yang tinggi, Adnan sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni Sarjan Mejar dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus, beliau ditauliahkan sebagai Pegawai dengan pangkat Leftenan Muda. Adnan dilantik sebagai Ketua Platun ke-7 Kompeni C. Beliau yang dilantik sebagai Ketua Platun berjuang bersama 42 anggotanya sehingga ke titisan darah terakhir.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor