Leftenan Adnan :
Anak Selangor Perintis Perjuangan Kemerdekaan Negara (Siri – 1)
Latar Belakang
Diberi nama Adnan bin Saidi. Dilahirkan pada tahun 1915 di Kampung Sungai Ramal Kajang Selangor. Dikenali sebagai Leftenan Adnan yang merupakan seorang anggota tentera dari Regimen Askar Melayu, Briged Infantri 1.
Adnan merupakan anak sulong dalam keluarganya. Saudara kandungnya iaitu Ahmad Saidi dan Amarullah Saidi juga merupakan anggota Askar Tanah Melayu. Adnan mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya seorang wanita dari kampung halamannya di Sungai Ramal pada tahun 1937 iaitu Sophia Pakih Muda dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Sophia bertugas sebagai seorang guru.
Adnan menerima pendidikan di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris. Beliau merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajian, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar selama lebih satu tahun.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
9 Muharram 1442H | 28 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor