Home Berita PAS Sabah

PAS Batu Sapi sedia hadapi Pilihan Raya Negeri Sabah

551
SHARE

Oleh : Salmiya binti Sapie
27 Ogos 2020

BATU SAPI : PAS Batu Sapi telah dilawati oleh pegawai Jabatan Pilihan Raya PAS Malaysia yang diketuai oleh Hj Rahimin bin Mustaffa selaku Timbalan Ketua Pengarah (2) Jabatan Pilihanraya PAS Malaysia dan Setiausaha pilihan raya PAS Malaysia iaitu Hj Mohd Nasir bin Che Daud.

Program yang berlangsung semalam dimulakan dengan pembentangan mengenai persiapan PAS Batu Sapi dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Batu Sapi, Masru Mustaqeem.

“PAS Batu Sapi perlu mengatur strategi lokal seperti Program Kopi-Kopi bersama rakan-rakan politik lain terutama rakan politik Pakatan Nasional bagi menjaga silaturahim,” kata Hj Nasir.

Beliau turut mengingatkan agar PAS Batu Sapi peka tentang isu etnik dan politik wang yang merupakan cabaran yang perlu diperhalusi oleh PAS Batu Sapi disini.

Sesi taklimat yang telah dihadiri oleh beberapa orang saff pimpinan Dewan Harian PAS Zon Sandakan disarankan untuk mengkaji semula kekuatan dan kelebihan setiap kawasan yang bakal ditandingi.