Home Berita PAS Selangor

Sabah Sarawak semenanjung bumi Malaysia milik kita bersama – Setiausaha BPPN Selangor

6
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "Sabah teacher turns boat into mobile classroom KINABATANGAN: teacher pupils pandemic when "We remind the teaching pupils succeed Jamal, life and bring boatt pupils very changes to their community." Nasir Mohamed Jamal (PdPR) conducting ture, well provide hand get along theb h”t situation aatne more students would take their body tempera- added. communi- Bernama Class in progress Just another eaches along Sungai Kinabatangan. Bernama"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Artikel | Orang-ramai yang tidak tahu boleh kata apa sahaja tambahan ahli-ahli politik ekstrimis yang gemar membakar api kebencian dan perseteruan.

Sesungguhnya telah lebih 50 tahun Sabah dan Sarawak Merdeka melalui Malaysia. Hubungan persaudaraan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak terlalu erat dan padu.

Bukan sahaja kakitangan kerajaan termasuk guru-guru, anggota polis, tentera, dihantar berkhidmat dari Sememanjung malah hari ini anak-anak Sabah dan Sarawak berbondong berkerja mencari rezeki dan menetap di Semenanjung.

Kita sesama kita bukan orang asing tetapi warga Malaysia anak-anak bumi berdaulat ini. Kerana itu kemana sahaja kita pergi di tanahair ini kita sebenarnya menjejak kampung halaman sendiri.

Kerana itu semua yang terlibat tidak pernah rasa janggal apabila berada sanada di Sabah, Sarawak atau Semenanjung dan akan memberi khidmat dan berkerja sebaik mungkin dengan bangga dan serba ikhlas.

Akhbar The Star hari ini memaparkan seorang guru Cikgu Nasir dari Padang Rengaa, Perak berkorban mendidik anak muridnya walau terpaksa mengharung Sungai Kinabatangan , Sabah dan mengajar atas bot.

Jangan adu domba kami sesama rakyat Malaysia. Tanah yang kami.pijak ini adalah tanah tumpah darah kami bersama.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor