Home Rencana PAS Selangor

RUU gangguan seksual penyelesai masalah wanita – Ketua DMPK Kuala Langat

136
SHARE

May be an image of ‎1 person, headscarf and ‎text that says "‎P9 DEA mat ۔ LANGAT RUU Gangguan Seksual, Selesai Masalah Wanita " STOP VIOLENCE Usaha ini sangat AGAINST bertepatan pada waktu WOME ini, wanita sering dipersendakan dengan dijadikan bahan gurauan yang lucah dan kotor. Satu budaya yang jijik, yang cuba dinormalisasikan dalam masyarakat kita. Ustazah Dinaz Hanee bt Mohammed Ketua Muslimat DMPK Kuala Langat Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat dmpk.kualalangat DMPKKualaLangat‎"‎‎

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustazah Dinaz Hanee Mohammed
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atas usahanya yang berterusan dalam membela dan melindungi wanita.

Satu rang undang-undang berkaitan gangguan seksual akan dibentangkan sebelum berakhirnya persidangan Dewan Rakyat Disember ini.

Usaha ini sangat bertepatan pada waktu ini, wanita sering dipersendakan dengan dijadikan bahan gurauan yang lucah dan kotor. Satu budaya jijik yang cuba dinormalisasikan dalam masyarakat kita.

Tambah menyedihkan, wanita juga sering terdedah kepada gangguan serta jenayah seksual tanpa mengira tempat mahupun usia.

Dewan Muslimat PAS kawasan Kuala Langat memandang serius isu-isu yang berlaku terhadap wanita mutakhir ini dan menyokong sepenuhnya agar rang undang-undang ini segera diterima dan diluluskan.

Diharapkan rang undang-undang ini mampu memberi pembelaan kepada para mangsa dan menjadi satu amaran juga pengajaran kepada semua untuk menghormati dan memuliakan wanita.

“Lelaki yang mulia pasti akan memuliakan wanita. Begitu juga sebaliknya.

Memuliakan wanita bererti memuliakan dirimu sendiri, bukankah dirimu lahir dari rahim seorang wanita?”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor