Home Rencana PAS Selangor

Pemuda lebih matang dengan usrah – DPPK Pandan

91
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan

Julung kalinya, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan dengan niat pengislahan (memperbaiki/perbaharui) niat dalam gerak kerja jemaah, berjaya melaksanakan satu slot usrah khas bersama Barisan Kepimpinan PAS kawasan Pandan meskipun TYDP saat akhir keuzuran tidak dapat hadir.

Taujihad diberikan kepada kami, agar bersedia dengan kekuatan tenaga “kepemudaan” mestilah bersulamkan ilmu dan amal.
Sirah Saiyidina Abu Bakar dijadikan tauladan, bahawa kepimpinan Saiyidina terbentuk dalam usia “kepemudaan”.

Justeru, Saiyidina Abu Bakar apabila dilantik sebagai Khalifah Islam pertama, Rasulullah memberikan 1 mesej yang jelas keperibadian susuk Saiyidina ini layak untuk memimpin Ummat.

Inilah hakikat, yang mesti diterima oleh barisan pemuda, bahawa mereka sebenarnya adalah tonggak kekuatan kepada sesuatu organisasi. Rencam dan keinginan yang tinggi mesti menjadikan Ilmu sebagai panduan dan amalan sebagai pembinaan rohani yang tinggi.

Dikesempatan itu, slot usrah turut diisi dengan serahan watikah perlantikan buat barisan seluruh AJK PAS Kawasan Pandan yang disampaikan terus oleh YDP dan NYDP.

Mudah-mudahan, permulaan yang baik ini, Allah bantu Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan istiqamah, ikhlas dan berkat dalam menyusuri liku-liku perjuangan ini. Amiin.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor