Home Kenyataan Media PAS Kelantan

RUU 355 diharap dapat dibahas

2727
SHARE

KERAJAAN Kelantan berharap Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU 355) bagi memartabatkan mahkamah syariah dibahas pada persidangan Parlimen akan datang.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, setiap anggota parlimen Muslim mesti menyokong RUU tersebut bagi membolehkan ia diluluskan.“Manakala yang bukan Islam pula sekurang-kurangnya tidak menentang walau pun tidak menyokong. Hormatilah hak orang Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka secara menyeluruh.

“Saya berharap Speakar Dewan Rakyat memberi ruang supaya RUU 355 dapat dibahaskan dalam persidangan nanti,” katanya di Kota Bharu.

Menurutnya juga anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah membentangkan usul berkenaan sebelum ini.

“RUU 355 hendaklah dibentang dan dibahas pada sesi Parlimen tidak lama lagi,” katanya.

Pada 6 April lepas Presiden PAS membentangkan usul RUU 355 selepas diberi laluan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.