Alhamdulillah. RUU 355 telah dibentangkan huraiannya oleh YB Marang dan ucapan sokongan telah disampaikan oleh YB Kota Bharu.
Mengikut jadualnya saya pula akan memulakan sesi perbahasan tetapi oleh kerana speaker telah menamatkan sesi sidang insyallah peluang untuk semua yang lain berbahas insyallah pada sidang seterusnya.
Ia memberi peluang untuk semua rakyat termasuk ahli parlimen khususnya bukan Islam untuk memahami hujah dan rasional pindaan Akta 355.
Ucapan pembentangan YB Marang lebih setengah jam dan ucapan sokongan YB Kota Bharu hampir sejam setengah yang penuh dengan fakta dan hujahan akan mula dibahaskan oleh masyarakat secara akademik kerana kedua-dua ucapan itu adalah HUJAHAN RASMI daripada PAS yang membawa Usul RUU 355.
Dr Khairuddin at-Takiri
6 hb April 2017