Kuantan, 7 November – Aktiviti rutin menziarahi rakyat Dun Tanjung Lumpur pada hari ini diteruskan lagi ke sekitar Perkampungan Sg. Isap oleh YB Ust. Rosli Abd Jabbar, Adun Tanjung Lumpur & juga merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang.
Program ziarah rakyat adalah rutin YB Adun Tg. Lumpur sejak mula memenangi kerusi Adun buat kali pertama pada Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu untuk bertemu rakyat yang susah, sakit, OKU & rakyat yang baru menerima cahaya mata.
“Program ziarah rakyat ini sebenarnya sudah bermula sebelum daripada YB Ust. Rosli memenangi kerusi Adun lagi dan ketika itu kita bergerak menziarahi rakyat dibawah Pas Dun Tg. Lumpur dalam program Jejak Fakir.”
“Kini kita rutinkan aktiviti ini dan luaskan lagi skop pertemuan bersama rakyat walaupun berbeza pandangan dan sokongan politik kerana apa sahaja yang rakyat sokong itu hak peribadi rakyat namun apabila menang pilihanraya semuanya ada hak untuk kita dekati dan bantu walau apa pun latar belakang sokongan politik.
“Malah ini adalah cara paling mudah untuk kita dekati rakyat & orang ramai dalam keadaan kita wakil rakyat Pas dan jenteranya mempunyai pelbagai kelemahan dari sudut peruntukan dari kerajaan sama ada negeri dan pusat, saluran media televisyen dan lain-lain bagi memperkenalkan Adun Pas dan gerak kerja mereka,” kata Saudara Sulong, Setiausaha Jabatan Pilihanraya Dun Tg. Lumpur.
Segala gerak kerja dari segi memberi bantuan kepada orang susah, miskin juga adalah sumbangan daripada orang ramai.
Pas akan terus menerus berusaha membantu dan merealisasikan agenda berkebajikan kepada semua lapisan masyarakat walaupun tiada apa-apa peruntukan yang diterima daripada pihak kerajaan.