Home Berita PAS Pahang

Rumah Terbuka jadi penanda aras kemenangan PN

160
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN & AMALIA ZULKIFLI

INDERA MAHKOTA, 3 Mei – Kehadiran yang begitu menggalakkan dari masyarakat DUN Semambu memberi satu tanda aras kemenangan Perikatan Nasional (PN) untuk PRU ke-16.

Begitulah antara kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri PN di Kampung Padang di sini kelmarin.

“Sambutan ini memberikan satu petanda yang baik kepada jentera PAS di kawasan Semambu untuk terus berusaha keras dan menyantuni seramai mungkin masyarakat dan  memperkenalkan hala tuju PN kepada masyarakat,” tambahnya lagi yang juga sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah.

Sementara itu Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) PAS DUN Semambu Ustaz Zulfadli Zakariah berkata aktiviti rumah terbuka ini sudah menjadi satu budaya serta amalan yang melibatkan seluruh kaum dan bangsa di Malaysia.

“Ia dapat mengumpulkan semua golongan dalam satu acara di mana kita dapat mengenali antara satu sama lain dan membantu mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan sesama masyarakat,” katanya.

Selain dari juadah beraneka jenis, program diisi juga dengan cabutan bertuah sumbangan dari cawangan-cawangan DUN Semambu, antara yang menarik adalah basikal lipat dan telefon bimbit.

Program dihadiri 2 ribu orang itu turut disertai Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah, ADN Sungai Lembing Ayub Ashri, Ketua Bahagian Parti Gerakan Kawasan Indera Mahkota Chan Chee How dan Ahli Jawatankuasa PAS Malaysia Ustaz Nasrudin Hasan.