Rancangan Tempatan Daerah Kuantan (RTDK 2035) yang mula dipamerkan semalam seharusnya menjadi satu agenda penting untuk dihebahkan dan disemak oleh semua rakyat yang terlibat.
Saya menyeru pihak yang berkaitan supaya permudahkan urusan semakan awam dengan memuat naik secara dalam talian.
Hanya dua lokasi semakan yang ditempatkan, ini bukan sahaj menyusahkan orang ramai untuk hadir dan membuat sebarang bantahan tetapi juga akan menimbulkan keraguan tentang ketelusan dan ketulusan pihak terlibat.
Saya yakin sekiranya proses semakan dibuat secara menyeluruh pihak berkaitan akan mendapat lebih banyak maklum balas serta pandangan daripada orang ramai.
Memudahkan urusan orang ramai untuk mendapat maklumat dalam dunia yang berteknologi pada hari ini harus dijadikan kaedah yang terbaik serta berkesan dalam penyampaian.
Oleh itu sekali lagi saya desak pihak terlibat utk memuat naik RTDK 2035 ini secara dalam talian dan permudahkan urusan rakyat.
Draf RTDK 2035 (Penggantian) disediakan di bawah peruntukan Subseksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan merupakan satu dokumen perancangan akan digunakan secara sah sebagai mekanisme perancangan cadangan pembangunan tanah dan fizikal yang terperinci di seluruh Daerah Kuantan.
Draf itu meliputi lima teras utama iaitu perancangan guna tanah mampan dan pengurusan risiko bencana, pembangunan komuniti sejahtera dan inklusif, pelancongan dan reka bentuk bandar mampan, pembangunan ekonomi, industri, asas tani, perhutanan dan perlombongan mampan serta urus tadbir efektif.
Selaras dengan komitmen kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri, maka Draf RTDK 2035 (Penggantian) turut mengambil kira cadangan projek pembangunan berimpak tinggi.
Ia merangkumi cadangan jajaran Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), pembesaran pelabuhan, projek-projek di bawah Koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan mengambil kira aspek pemeliharaan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) yang bersepadu.
Penulis ialah ADUN Beserah
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang
{jathumbnail off}