Home Berita PAS Wilayah

Roti Canai Teh Tarik Medan Penerangan Wanita Muda

1021
SHARE

TITIWANGSA – Ameerah Titiwangsa semakin rancak menggiatkan siri-siri penerangan kepada masyarakat setempat.

Terkini menerusi platform Ameerah Mengupas, sesi Roti Canai Teh Tarik (RCTT): Solusi PAS Kepada Anak Muda berlangsung dengan jayanya di Mamak Bistro, Desa Pandan semalam.

RCTT ternyata mendapat perhatian serta sambutan luar biasa daripada pengunjung-pengunjung Mamak Bistro serta masyarakat setempat yang lalu-lalang di sekitar situ.

RCTT 1.0 kali ini telah menampilkan tiga orang panelis muda berbakat yang merupakan exco Ameerah Wilayah Persekutuan dan Ameerah Malaysia.

Menurut Ketua Ameerah Titiwangsa, Nusaibah Ibrahim, RCTT 1.0 memberi tumpuan terhadap isu-isu berkaitan ekonomi, pendidikan dan hal ehwal kewanitaan sebagai topik Ameerah Mengupas kali ini.

“PAS serius ke arah menjadi kerajaan dengan mendatangkan Dokumen Hijau sebagai model ekonomi negara sejahtera” kata Najwa Amir dalam kupasan beliau mengenai pelan PAS menggantikan GST.

Menurut Nur Hikmah Ramli, kerajaan menerapkan GST sebagai medan pendapatan negara ternyata telah memberi tekanan kepada golongan muda terutamanya graduan universiti.

“Graduan universiti melalui kehidupan amat sukar selepas bergraduasi kerana terpaksa bayar kos sara hidup yang tinggi, selain masih terikat dengan hutang ptptn”, ujar Hikmah.

Di samping itu, Siti Nadhirah Khalid turut membentangkan statistik berkenaan kes keganasan rumah tangga yang berlaku di negara, rata-rata berpunca daripada kos sara hidup yang tinggi.

Pengunjung Mamak Bistro pada malam itu dihidangkan dengan teh tarik dan roti canai percuma semasa menikmati sesi Ameerah Mengupas.

Sesi Roti Canai Teh Tarik 1.0 pada malam semalam turut mendapat kerjasama daripada Unit Amal dan PAS Kawasan Titiwangsa.