Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat
Oleh : Muhammad Hanif Jamaluddin
Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Langat
1. Tular sekali lagi kenyataan penuh biadab oleh seorang pempimpin DAP Ronnie Liu yang cuba campur tangan dalam urusan umat Islam.
2. Ronnie Liu dalam kenyataannya menyatakan bahawa: “tidak bermakna seorang muslim tidak boleh menyentuh dan memindahkan arak. Ia juga tidak bermaksud seorang Muslim tidak boleh bekerja di syarikat atau kilang yang menjual atau menghasilkan arak”.
3. Pemahaman dan ideologi yang dibawa oleh Ronnie Liu ini sangat bertentangan dengan pemahaman Islam yang sebenar. Perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis baginda yang diriwayatkan daripada Anas R.A “bahawa Rasulullah S.A.W telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak, iaitu orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak dan orang yang meminta dibeli arak untuknya”.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
4. Ronnnie yang juga ADUN Selangor perlu mengetahui dan menyedari bahawa perkara ini menyalahi peruntukan yang ada di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 melalui Seksyen 18 yang menyebutkan: “mana-mana orang yang membuat menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
5. Jelas menunjukkan bahawa Ronnie yang merupakan ADUN DAP bukan sahaja tidak menghormati urusan agama Islam, bahkan beliau juga tidak menghormati undang-undang negeri yang diluluskan dan diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ketika itu.
6. PAS Kawasan Kuala Langat mendesak sekeras-kerasnya agar Ronnie menarik semula kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia atas sikapnya yang melampau ini.
28 Oktober 2021 | 21 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor