Home Berita PAS Terengganu

‘Roket’ habib leburkan ‘Tembok’ KL City

114
SHARE

KUALA NERUS – Terengganu Football Club (Terengganu FC) memuluakan saingan dengan langkah kanan apabila menang 2-0 ke atas KL City FC dalam aksi Liga Super 2022, sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), pasukan tuan rumah menguasai perlawanan pada awal permainan bagi mencari gol awal dengan beberapa asakan ke gawang lawan.

Pada minit ke-14, Muhammad Hairey Hakim Mamat melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun terkena palang gol.

The City Boys meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-20 namun dinafikan oleh pengadil kerana terlebih dahulu dikesan ‘offside’.

Pemain Terengganu FC terus menggandakan usaha dengan beberapa lagi siri percubaan namun tidak menghadirkan sebarang gol.

Bersambung di babak masa kedua, kedua-dua pasukan saling mengasak bagi mencari gol.

Sang Penyu akhirnya mendapatkan gol pendahuluan pada minit ke-75 melalui Habib Haroon selepas beliau melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Selang enam minit kemudian, Manuel Ott meletakkan dirinya sebagai penjaring kedua Terengganu FC pada minit ke-81 melalui rembatan dari dalam kotak penalti.

KL City FC cuba merapatkan kedudukan namun skuad kendalian Nafuzi Zain menunjukkan corak disiplin kemas dalam mengekang asakan pasukan lawan.

Perlawanan kekal hingga ke wisel penamat dengan jaringan 2-0.

TFC melonjak ke tangga keenam carta dengan sembilan mata dengan hanya lima perlawanan.

Selepas ini, Terengganu FC akan bertemu Penang FC pada Rabu depan bagi perlawanan keenam dalam saingan Liga Super 2022.