Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Rohingya Terus Bermandi Darah, Pedulikah Kita?

698
SHARE

Rohingya Terus Bermandi Darah, Pedulikah Kita?

Siri kezaliman ke atas etnik Rohingya berterusan sehingga hari ini. Umat Islam yang tidak berdosa ditindas tanpa belas ehsan. Mereka diseksa dengan begitu kejam, dibunuh hidup-hidup, dimusnahkan tempat tinggal dan sebagainya.Maka di manakah peranan kita selaku jiran mereka? Apakah Malaysia masih mahu berpeluk tubuh dan membisu tanpa tindakan serius membela mereka?

Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia begitu kesal terhadap sikap yang di ambil kerajaan hari ini. Amat malang, Malaysia yang melaungkan keamanan gagal membantu saudara seagama di Myanmar.Malaysia selaku anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB dan OIC seharusnya bertindak segera. Justeru, kami menggesa Perdana Menteri Malaysia menggunakan saluran yang ada bagi menyuarakan kebenaran membela Rohingya yang tertindas.

Rakyat Malaysia secara umumnya juga diseru mempertingkatkan usaha mendesak dunia membuka mata. Teruskan sebarkan kepada masyarakat apa yang dialami umat Islam Myanmar kerana sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara!

“Barangsiapa yang membantu menghilangkan satu kesedihan (kesusahan) dari sebagian banyak kesusahan orang mukmin ketika didunia maka Allah akan menghilangkan satu kesusahan (kesedihan) dari sekian banyak kesusahan dirinya pada hari kiamat kelak. Dan barangsiapa yang memberikan kemudahan (membantu) kepada orang yang kesusahan, nescaya Allah akan membantu memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Dan barangsiapa yang menutup aib orang muslim , nescaya Allah akan menutup aibnya dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah akan selalu menolong seorang hamba selama dia gemar menolong saudaranya” (Hadis Riwayat Muslim)

Marilah sama-sama kita mendoakan episod duka mereka dihentikan segera. Sekali lagi kami mendesak kerajaan dan pihak berwajib bersuara membela kebenaran.Sudah tiada masa untuk kita berlengah-lengah. Mereka menanti bantuan kita semua.

 

“Sejahtera Bersama Islam”

“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
18 Zulhijjah 1438
9 September 2017