Rohingnya : Etnik Yang Perlu Dibela
Oleh: Asmaa Yusof
KUALA NERUS, 30 Sep – PAS Relief ditubuhkan sejak awal tahun 2017 dan kini mengorak langkah menyuburkan perjuanagn Islam dimana sahaja terdapat umat Islam dan manusia dizalimi dan ditindas.
Demikian jelas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Sdr Sanusi Md Nor dalam ucapan beliau semasa Ceramah Pra Fastaqim dan Solidariti Rohingya semalam.
Dalam ucapan beliau, Sdr Sanusi banyak menceritakan sejarah penidasan etnik Rohingya sejak tahun 1724 dan menyatakan penubuhan PAS Relief sedikit sebanyak telah mendedahkan segmen-segmen perjuangan PAS melalui aktiviti kemanusiaan.
Hal demikian tambahnya kerana fokus utama PAS Relief ialah untuk membela saudara-saudara Muslim dan Non-Muslim yang dtindas di seluruh dunia.
Semasa menceritakan penderitaan yang dialami etnik Rohingya, beliau berkata bumi Arakan adalah bumi Islam yang diperitanh oleh kerajaan Islam selama 350 tahun bermula tahun 1340 – 1724.
Namun pada tahun 1724, kerajaan Burma telah menjajah daerah tersebut dan seterusnya datang pula penjajah English yang menjadikan bumi etnik Rohingya lebih menderita.
Malah katanya, tarikh Arakan dijajah juga sama dengan penciptaan negara haram, Israel yang menafikan hak milik rakyat Palestin.
“Sewaktu nak merdekakan Arakan, sama tarikh dengan penciptaan negara haram Israel di atas tanah milik bumi palestin; sama dengan pembahagian tanah-tanah umat Islam di arakan kepada India.
“Ini bukan isu kecil, ini adalah isu umat Islam sejagat yang dicipta pada tahun 1948. Kini, 70 tahun kemudian kita terpaksa berhempas pulas bebaskan umat Islam.
“Rohingya, sekali keluar bumi Arakan, tidak boleh kembali lagi. Kini mereka menjadi pelarian di seluruh negara termasuk Malaysia seramai 200k, Bangladesh 500k, Pakistan 200k dan lain-lain negara serta mereka tiada peluang kembali lagi apabila kewarganegaraan mereaka dilucutkan.
“Angka kematian sehingga hari ini berdasarkan jumlah orang yang tinggal di wilayah itu yang tak sempat larikan diri adalah 25 ribu manakala 500 ribu terpaksa melarikan diri,” kata beliau.