Home Fastaqim

Malaysia Perlukan Pemimpin Islam berwibawa

2821
SHARE

Malaysia Perlukan Pemimpin Islam berwibawa

Oleh : Zaim As-Sibaie

KUALA NERUS, 30 Sept – “Faktor kebejatan rakyat sangat berkait rapat dengan kualiti kepimpinan,” demikian kata Saudara Mustaffa Kamil Ayub, dalam ceramah Pra-Fastaqim malam tadi.

Beliau wakil kepada Kongres Rakyat, menyatakan bahawa Kongres Rakyat yang terdiri daripada 200 NGO bersedia mendokong penuh hasrat PAS dalam membawa politik matang yang lebih amanah dan baik demi negara Malaysia.

Tambahan lagi, beliau turut menegaskan Malaysia ketika ini memerlukan pemimpin berwibawa Islam.

“Lebih 60 tahun kita merdeka, tapi negara masih terumbang ambing, maka menjelang PRU-14 kita memerlukan dokongan baru pemimpin yang mempunyai wibawa Islam,” tegasnya.

Selain itu, Mustaffa turut menyifatkan Fastaqim 2.0 ini sebagai lambang kebangkitan rakyat yang sebenar dan lambang kematangan politik PAS bagi membina masyarakat madani.