Home Artikel PAS Sabah

Ringankan Beban Asnaf di Awal Persekolahan

141
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
6 Januari 2020

KALABAKAN : Program Back To School (BTS) anjuran Ameerah Kalabakan dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kalabakan telah diadakan di sini semalam.

Program ini diadakan bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Kalabakan.

Seramai 31 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tadika, sekolah rendah dan menengah sekitar Tanjung Batu, Pasir Putih dan Felda Umas-umas menerima sumbangan berbentuk beg dan kelengkapan sekolah serta wang saku.

Sumbangan telah di sampaikan oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Hajija Amsari dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kalabakan, Ustazah Masyuri Sampe.

Dalam ucapan pengarah program, Sutriana Haji Babu memaklumkan, dana ini merupakan sumbangan daripada orang ramai yang prihatin dengan kesusahan golongan yang kurang berkemampuan ini.

Sutriana yang juga merupakan ketua Ameerah Kalabakan mengharapkan, lebih ramai masyarakat yang prihatin turut sama menyumbang pada tahun hadapan bagi membantu lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan.

Turut hadir Ketua Penerangan, Salmiah Mohideen, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Irma Ahmad dan ajk Dewan Muslimat PAS Kalabakan.