Home Berita PAS Negeri Sembilan

Ribut di Felda Jelai 4 : Khidmat Malaysia Negeri Sembilan turunkan bantuan.

933
SHARE

 

Alhamdulillah, pada hari Sabtu lalu, 3 Jun 2017, PAS Negeri Sembilan dan NGO Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menghulurkan bantuan kepada mangsa ribut di FELDA Jelai 4, Gemas, Negeri Sembilan.

Antara pimpinan PAS Negeri Sembilan yang turun melawat dan menyerahkan bantuan ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Tampin yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Abdul Razakek Abd Rahim; dan Pengarah Khidmat Malaysia Negeri Sembilan yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Tuan Haji Mohamad Hassan Thamby.

Turut hadir, wakil NGO Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan iaitu Pengerusinya, Saudara Nazri Zainal; aktivis-aktivis dari Jabatan Amal Negeri Sembilan, serta aktivis PAS Kawasan Tampin serta kawasan sekitar.

Ribut kuat yang melanda FELDA Jelai 4 pada 28 Mei 2017 yang lalu telah mengakibatkan banyak bumbung rumah penduduk tercabut, serta menjejaskan penjaja Bazar Ramadhan yang menetap di sana.

Untuk maklumat aktiviti bergambar, boleh rujuk Pautan berikut
Posting 1: https://www.facebook.com/khidmatNS/posts/888361974635839
Posting 2: https://www.facebook.com/khidmatNS/posts/888462644625772
Posting 3: https://www.facebook.com/khidmatNS/posts/888502584621778


= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Bantuan sumbangan khemah dan kanvas akan diserahkan kepada para penjaja Bazar Ramadan yang turut terjejas. Disebabkan sumber kewangan yang amat terhad, hanya beberapa keluarga sahaja dapat dibantu buat masa ini.

Mereka yang ingin membantu mangsa-mangsa ribut di Felda Jelai ini, siila hubungi Pengerusi Amalnita Negeri Sembilan, Puan Hjh Masita Mohamed Ali di talian 0192655059.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Bank Islam, no akaun 05067010011212 di atas nama Amalnita.

#SejahteraBersamaIslam
#NegeriSembilanSejahtera

 

{jathumbnail off}