Home Artikel PAS Perak

Riadhah Satukan Kefahaman Jernihkan Perpaduan

407
SHARE

Riadhah Satukan Kefahaman Jernihkan Perpaduan


KAMUNTING: Riadah amat dianjurkan dalam Islam selain pergerakan dalam solat yang menjadi riadah utama dalam kehidupan setiap muslim.

Mengambil inisiatif tersebut Lajnah Kebudayaan , Kesenian Dan Sukan ( DACS ) DPPK Bukit Gantang telah menganjurkan sesi riadah badminton bersama anak muda bertempat di Kaki Badminton ,Taman Mewah , Kamunting, 12 Mei 2017 yang lalu.

Program itu mendapat sambutan penyertaan sekitar 30 orang anak muda dari kawasan Bukit Gantang serta kawasan sekitar.

Beraksi dengan pelbagai gaya serta kemahiran dipamerkan setiap peserta
bahkan komitmen yang diberikan sepanjang kejuaraan memberikan impak positif kepada penganjur.

Menurut Ketua Lajnah Kebudayaan , Kesenian Dan Sukan ( DACS ) DPPK Bukit Gantang ,Mohd Zamzuri Mohd Zahari berkata program itu julung kali diadakan bagi menarik minat anak muda menyertai aktiviti-aktiviti dianjurkan di samping menyerlahkan bakat -bakat terpendam anak muda sekitar kawasan Bukit Gantang.

Turut serta hadir bersama dalam program itu adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang Zu Hazmin Badri dan beberapa exco dari DPPK Bukit gantang.

Di akhir program , Zu Hazmin Badri sempat memberi sedikit nasihat dan pengalaman berguna kepada semua pemain yang kebanyakannya anak muda.

Untuk bermain badminton, minat dan bakat perlu selari. Jika hanya mempunyai minat dan tidak mempunyai bakat, alamatnya selalu kena smash lah.

Program seumpmama itu dapat mengerat ukhwah di kalangan remaja dan pemuda serta dapat memupuk sikap toleransi , bertanggungjawab dan menghargai kesihatan tubuh badan.

{jathumbnail off}