Oleh: Muhammad Hadi
KANGAR: Seramai 30 orang murid PASTI Al-Muttaqin, dekat sini telah terpilih menerima sumbangan berupa sekampit beras seberat 5 kilogram pada 10 Mei yang lalu.
Beras berkenaan telah disumbangkan oleh seorang tokoh perniagaan berasal dari Bintong yang enggan namanya dikenali.
Menurut Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd. Jalil, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada penyumbang berkenaan atas sumbangan yang telah diberikan.
Pada masa yang sama, beliau turut mengalu-alukan mana-mana individu atau syarikat yang berhasrat untuk menyampaikan sebarang bentuk sumbangan kepada PASTI di negeri ini.
“Kita buka tawaran buat para dermawan budiman yang ingin membantu anak-anak dan guru-guru PASTI dan kita sedia menguruskan sumbangan anda sehingga sampai kepada penerima.
“Sumbangan berbentuk kewangan pula boleh dihulurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 09010010050299 atas nama Dewan Pemuda PAS Neg Perlis (PASTI) dengan melampirkan bukti sumbangan ke emel pastiperlis2012@gmail.com atau 0138766463 untuk rekod,” katanya lagi.