Alhamdulillah. Konvensyen Menuju Kemenangan PAS Sarawak (KOMPAS) & Retreat Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS) sesi 2017-2019 yang berlangsung pada 29-30 Julai 2017 (5-6 Dzulkaedah 1438H) di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri telah berjaya menghasilkan Halatuju Strategik 10 Tahun (HASRAT) PAS Sarawak.
Tujuan Retreat kali ini diadakan ialah bagi merangka Halatuju PAS Sarawak 10 tahun ke hadapan dan membina gerak kerja tersusun, digerakkan dan dipantau. Program ini telah dihadiri oleh AJK Badan Perhubungan PAS Sarawak, Ketua dan Setiausaha Dewan-Dewan Negeri (‘Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)) serta YDP dan Setiausaha 11 PAS Kawasan di Sarawak.
Retreat PAS Sarawak ini telah dikendalikan oleh Pemudahcara/ Fasilitator dari Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) iaitu Ir. Hadi B Amat dan Sdr Mohd Effandi Mohd Noor dan juga pasukan Sekretariat dan Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Sarawak.
5 Fokus PAS Sarawak ke hadapan Inshaa Allah:
1. Siyasah (Politik)
2. Dakwah & Pendidikan
3. Tarbiyah & Pengkaderan
4. Kebajikan & Kemasyarakatan
5. Dana & Kewangan
Program diakhiri dengan resolusi yang merupakan komitmen menjadikan PAS wadah alternatif pilihan rakyat ke arah Sarawak yang berkebajikan dan sejahtera serta beristiqamah memperkasa dan melaksanakan HASRAT 2017-2027.
Semoga usaha kita untuk memartabatkan Islam melalui perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapat keredhaan daripada ALLAH S.W.T. Jazakumullahu khairal jaza’.
Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
Setiausaha PAS Negeri Sarawak
{jathumbnail off}