Home Artikel PAS Pulau Pinang

RETREAT MUSLIMAT MUDA BUKIT MERTAJAM MENCAMBAH IDEA

173 views
SHARE

Oleh : Farhani Fuad

Bukit Mertajam, 6 Januari : Muslimat muda PAS kawasan Bukit Mertajam telah melaksanakan program retreat yang bertempat di Taman Negeri, Bukit Panchor, hari ini.

Program yang memerlukan ahlinya berfikir secara serius, memerah idea dan mengerah tenaga ini bertujuan memberi kefahaman dalam merencana dan merancang aktiviti sepanjang sesi.

Program dimulakan dengan perbincangan dan pembentangan setiap kumpulan mengenai kekurangan, kelebihan, permasalahan dan cara mengatasi bagi tiga entiti utama muslimat muda iaitu Nusaibah, Ameerah dan Briged Muslimat.

Seterusnya ketua muslimat PAS kawasan, Noriah Ibrahim menyampaikan kalam motivasi untuk menyuntik semangat para peserta agar terus istiqamah memperjuangkan Islam.

“Kita perlu memperbaiki diri kita terlebih dahulu. Tunjukkanlah akhlak yang baik kepada keluarga, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling.

“Teruskan belajar. Kita perlu ada ilmu untuk memupuk kesedaran dalam kalangan muslimat. Muslimat muda inilah yang akan menyambung perjuangan, pastikan semua gerak kerja dilaksanakan secara berjemaah untuk membuktikan kebersamaan muslimat PAS”, ujar beliau.

Sementara itu, ketua Ameerah kawasan, Nur Aizat Nordin berkata, beliau mengharapkan hasil daripada program ini semua peserta perlu merealisasikan resolusi yang telah diputuskan.