Home Artikel PAS Pulau Pinang

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PAS BUKIT MERTAJAM

187 views
SHARE

Oleh : Farhani Fuad

Bukit Mertajam, 5 Januari : PAS Kawasan Bukit Mertajam telah melaksanakan majlis perasmian serentak mesyuarat agung PAS cawangan-cawangan bertempat di Maahad Tahfiz AQSA, Bukit Mertajam disini, hari ini.

Majlis dimulakan dengam ucapan Yang Di-pertua (YDP) PAS kawasan, juga merupakan ADUN Penaga, iaitu Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.

Beliau membawakan kisah sahabat Rasulullah iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yang percaya dan yakin dengan janji Nabi.

“Kita yakin bahawa Islam akan menang, syaratnya kita perlu berjuang”, ujar beliau.

Seterusnya ucapan perasmian yang disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Padang Serai iaitu Ustaz Shaharuddin Ibrahim.

“PAS membawa taawun siyasi. Kita tidak akan bergabung dengan UMNO, kita hanya mengambil peluang atas UMNO yang tidak berkuasa sekarang ini.

“Lawanlah musuh dengan berhikmah, berdakwah juga dengan berhikmah. Kita menawarkan manifesto yang realistik, memang yakin boleh dilaksanakan, tidak seperti kerajaan hari ini”, ucap beliau.