Home Melaka

Rencana : Tiada jaminan PH-BN tidak menipu lagi di PRN ini

717
SHARE

Oleh IBNU JANIE

“BILA saya berpakat dengan Zahid? Ustaz Hadi berserban berjubah fitnah saya kata saya nak berpakat dengan Zahid”. Masih terngiang-ngiang lagi suara Pengerusi PH-DAP, Anwar Ibrahim dalam satu ceramah dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lepas menafikan ‘fitnah’ bahawa dia akan berpakat dengan Zahid Hamidi dan BN selepas pilihan raya.

Begitu juga di pihak Zahid. Ucapan ikoniknya yang sangat bersejarah dan terkenal dalam Perhimpunan Agung Umno sebelum PRU15 yang menyatakan “No Anwar! No DAP! No Bersatu” juga masih dikenang sehingga ke hari ini.

Jurucakapnya, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan pula dalam satu program bual bicara semasa kempen PRU15 menyatakan bahawa Zahid bersumpah dengan nama Allah SWT di hadapannya bahawa tidak ada pakatan sulit antara Zahid dengan Anwar.



 

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura pula dalam kempennya berjanji jika PH-DAP menang, kerajaan akan menghantar Zahid Hamidi ke penjara. Mohamad Sabu, Rafizi dan ramai lagi pemimpin-pemimpin PH lain juga ada menyatakan perkara yang sama.

Sekarang terbukti semuanya tipu. Segala yang mereka jeritkan sehingga keluar anak tekak semasa kempen PRU15 seperti Fahmi Fadzil menjeritkan “mereka semua pengkhianatlaatttt!!”, terbukti adalah tipu.

Walau pun mereka berselindung bahawa persekongkolan mereka itu adalah kerana menurut titah daripada Yang di-Pertuan Agong namun kita semua tahu itu semua hanya untuk menutup penipuan mereka.

Jika persekongkolan mereka ini kerana terpaksa akur dengan titah Tuanku ia tidak akan jadi seakrab sekarang. Sekiranya PH dan BN terpaksa bersekongkol maka mereka tidak akan serapat ini walau pun berada dalam satu kerajaan.

Lihat sahaja seperti pakatan longgar antara PN dan BN selepas langkah Sheraton pada tahun 2020 dulu. Semasa kerajaan dibentuk Bersatu, PAS, Umno dan GPS ia berlaku secara tidak mesra. Umno tidak boleh ‘masuk’ dengan Bersatu yang mereka cap sebagai pengkhianat.

Sepajang bersepakatan itu sentiasa sahaja Umno melakukan sabotaj kepada kerajaan. Mula-mula mereka jatuhkan Menteri Besar Perak, Faizal Azumu daripada Bersatu kerana mereka kata mereka ada kerusi terbanyak.

Selepas itu mereka jatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Mereka adakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan bertanding solo di Melaka dan Johor demi untuk membentuk kerajaan solo.

Pada masa itu BN-Umno bertanding melawan PN walau pun pada prinsipnya mereka masih berada di dalam kerajaan Persekutuan bersama-sama.

Jika benar BN-Umno terpaksa bersekongkol dengan PH-DAP sekadar titah Tuanku maka tidak perlu mereka mewujudkan pakatan bersama dan berjanji untuk membahagikan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Jadi, selain daripada mereka (samada PH atau BN) berbohong semasa kempen PRU15 bahawa mereka tidak akan berpakat, mereka juga sekarang ini sedang berbohong bahawa persekongkolan mereka pada masa ini sekadar untuk akur pada titah Tuanku.

Sekarang cuba kita bayangkan sekiranya pada PRU15 lepas, beberapa hari sebelum mengundi tiba-tiba PH mengumumkan akan bergabung dengan BN adakah pengundi-pengundi PH akan mengundi PH dan pengundi-pengundi BN akan mengundi BN? Jika ini berlaku pasti undi akan memihak kepada PN.

Penipuan ini adalah penipuan terbesar dalam PRU15 kerana jika persekongkolan ini terdedah sebelum pilihan raya pasti keputusannya akan berbeza.

Yang menariknya penipuan yang dilakukan oleh PH dan BN pada kempen PRU15 itu bukan setakat penipuan manifesto tetapi penipuan prinsip. Prinsip perjuangan mereka selama ini lebur dengan satu penipuan besar apabila dua parti yang dianggap tidak mungkin bersama tiba-tiba bersekongkol.

Bayangkan, soal prinsip perjuangan pun mereka tipu. Setakat hendak tipu janji-janji manifesto pilihan raya mereka itu bukanlah perkara besar pun pada mereka.

Baru-baru ini semasa program Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di enam buah negeri yang bakal menghadapi PRN Anwar telah mengumumkan berbagai-bagai janji.

Adakah rakyat boleh percaya dengan janji-janji ini apabila janji-janji berkaitan prinsip mereka semasa PRU15 dahulu pun terang-terang mereka ‘capatikan’?

Kalaulah ada lagi yang percaya, tak tahulah di mana letaknya akal fikiran mereka hingga sesat di jalan yang terang. Janganlah kita masuk ke lobang biawak yang sama dua kali.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka


Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Isnin bertarikh 29 Mei 2023

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH