Home Melaka

Rencana | PRU14 dan 15 – kelentong yang sama, hasil yang lebih teruk

234
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AGAK berbeza suasana semasa awal pemerintahan PH pada ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 berbanding dengan pemerintahan PH-BN pada kali ini. Pada masa dua bulan pertama selepas PRU14 itu rakyat masih teruja dengan perkara-perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir, antaranya penubuhan Jawatankuasa Terkemuka yang dilihat sesuatu yang baru.

Cara Tun Mahathir yang melantik sedikit demi sedikit menteri kabinet bermula dengan kementerian yang penting, walau pun dilihat perlahan, namun rakyat masih teruja umpama melihat filem aksi yang mendebarkan yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.

Namun sedikit demi sedikit apabila menteri-menteri sudah mula bekerja dan berbagai-bagai janji dan manifesto sudah mula dilihat seperti tidak boleh dilaksanakan maka rakyat pun mula keliru. Dan apabila satu demi satu janji diakui oleh menteri sebagai tidak dapat dilaksanakan maka rakyat mula kecewa. Di situ bermula istilah ‘kencing dan hancing’.

Berbeza dengan Kerajaan PH-BN PRU15, di mana pembentukkannya itu sendiri berada dalam situasi yang mengejut dan mengelirukan. Sebelum berakhir PRU15 PH dan BN masing-masing bertarung bermati-matian. Tiba-tiba dua hari selepas berakhir PRU-15 mereka mengumumkan pembentukan kerajaan. Semua orang terkejut. Maknanya hari pertama penubuhan kerajaan pun rakyat sudah tahu mereka dikencing!

PH juga dilihat tidak belajar daripada kesilapan pada PRU14 dengan Anwar masih lagi mengulangi frasa-frasa ‘keramat’nya yang sering diulang seperti “Hari ini kita menang, esok minyak turun” semasa kempen. Walau pun frasa ini pernah menjadi bahan sendaan pada PRU14 namun PH tidak mengambil pengajaran.

Anwar malah dalam satu ucapan di Konvensyen PKR mengakui tentang sindiran itu. Namun beliau masih mempertahankan frasa itu kerana katanya ia tidak dapat dilaksanakan dahulu kerana bukan beliau, tetapi Mahathir yang menjadi PM.



 

Dan pada PRU15 ini Anwar benar-benar menjadi PM, namun bukan sahaja dalam 24 jam, namun sehingga rencana ini ditulis, hampir sebulan selepas Anwar menjadi PM, harga minyak tetap tidak turun-turun juga.

Seterusnya, sama seperti apa yang telah berlaku pada PRU14, kita akan menyaksikan PH-BN akan mengadakan sesi penerangan kepada rakyat mengapa segala yang mereka janjikan kepada rakyat sebelum ini itu tidak dapat dilaksanakan.

Baru-baru ini ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang penurun harga bahan api, Rafizi Ramli menjawab bahawa perkara ini akan mengambil masa kerana kerajaan harus membuat pengiraan tentang kos yang perlu ditanggung.

Pada PRU14 pun sama. Kerajaan akhirnya terpaksa membuat membuat penjelasan mengapa PTPTN tidak dapat dimansuhkan dan tol tidak dapat dihapuskan.

Sebenarnya mereka tidak perlu membuat penjelasan ini kepada rakyat. Rakyat lebih tahu bahawa perkara itu memanglah tidak praktikal jika ia menggunakan kaedah biasa yang semua ahli politik gunakan.

Jika Rafizi menerangkan kepada rakyat bahawa untuk menurunkan harga bahan api memerlukan kerajaan berbelanja untuk subsidi, itu bukan yang rakyat fikir.

Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor, Harakah cetak Edisi bertarikh 23 Disember 2022

 

Rakyat mengharapkan bahawa pemimpin-pemimpin PH yang sebelum ini sering mengkritik apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan Perikatan Nasional mempunyai satu idea yang luar biasa yang tak sama dengan yang mereka pernah lihat sebelum ini.

Bagi rakyat apabila Anwar berkata bahawa “hari ini menang, besok harga minyak turun”, maka Anwar sudah pasti mempunyai satu formula luar biasa yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana pakar ekonomi pun sebelum ini. Dan Anwar akan menggunakan formula tersebut.

Sudah tentulah rakyat kecewa untuk kali kedua apabila mereka mungkin berhadapan situasi ‘hancing’ sekali lagi seperti yang mereka pernah lalui pada PRU14, malah kali ini ia lebih busuk lagi!

Tetapi untuk meletakkan seratus-peratus kesalahan kepada pemimpin PH juga tidak boleh kerana mereka telah melakukan perkara yang sama pada tahun 2018. Namun dengan menggunakan cara kempen yang sama mereka tetap juga mendapat kerusi yang banyak walau pun kali ini tidak cukup untuk membentuk kerajaan.

Tetapi dengan 82 kerusi itu pula membolehkan mereka membentuk kerajaan dengan BN. Maka yang salah ialah pengundi-pengundi PH yang mudah ditipu. Dan tetap percaya walau ditipu dengan cara yang sama.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH