Home Melaka

Rencana | Prinsip ‘anti-hak istimewa Melayu’ dalam kalangan pemimpin PH bukan dongengan

199
SHARE

Oleh IBNU JANIE

BARU-baru ini kecoh tentang kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, P Ramasamy yang mendesak agar kerajaan PH-BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim agar menghentikan dominasi satu kaum dalam sektor awam negara seperti yang dilaporkan media-media arus perdana.

Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, berkata dasar perkauman sedemikian tidak lagi boleh dipertahankan terutama ketika Kerajaan PH-BN kini berada di tampuk kuasa. Kenyataan Ramasamy ini telah mendapat kecaman orang ramai malah pemimpin PH-BN turut sama ‘mengecam’.

Namun begitu Ramasamy kemudiannya mendakwa bahawa kenyataannya telah diputarbelitkan selain menegaskan bahawa pendapatnya itu adalah pendapat peribadi beliau. Sungguh pun begitu, tidak ada penyataan memohon maaf daripada Ramasamy dalam hal ini.



 

Mereka bukan tidak tahu bahawa kelebihan kepada orang Melayu untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan awam adalah sesuatu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan bukannya polisi biasa semata-mata. Ia tidak seharusnya dibangkitkan sama sekali.

Kita selalu mendengar ayat-ayat yang menyindir majoriti orang Melayu yang takut kepada DAP sebagai satu paranoid. Mereka mempersendakan tidak balas daripada orang Melayu yang meletakkan kecurigaan yang tinggi terhadap DAP yang dikatakan mengancam Melayu dan Islam.

Hakikatnya bahawa prinsip mempersoalkan ‘hak istimewa orang Melayu’ ini memang berlaku pada ramai pemimpin di DAP walau pun mereka tegar menafikan. Dan DAP tidak pernah menarik balik perjuangan Malaysian-Malaysia mereka selama ini.

Walaupun kita boleh melihat dalam isu kenyataan Ramasamy ini ramai juga pemimpin-pemimpin PH yang mengecam keras tindakannya ini, namun apa yang kita bimbang ialah ini semua sekadar lakonan sahaja.



 

Lakonan ini untuk mengelakkan timbul persepsi bahawa PH sebuah parti gabungan yang ‘anti hak istimewa Melayu’ jadi tambah menebal dalam kalangan pengundi di saat Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal berlaku bila-bila masa dari sekarang.

Seperti yang kita tahu PH sedang bergelut untuk mendapatkan undi dan sokongan orang Melayu. Persaudaraan mereka dengan DAP mencalarkan kepercayaan orang Melayu kepada PH walaupun mereka kini sudah bersekongkol dengan Umno yang merupakan sebuah parti Melayu.

Sokongan orang Melayu pada Umno pula memang sudah merosot pada PRU15 lagi. Ini ditambah lagi dengan persekongkolan Umno dengan PH-DAP seusai pilihan raya menambah lagi kebencian orang Melayu terhadap Umno. Jadi harapan mereka untuk meraih sokongan tinggi dari orang Melayu melalui Umno hanya sia-sia.

PH-BN tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan persepsi ‘anti hak istimewa Melayu’ dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu. Isu sebegini yang timbul akan merosakkan imej PH-BN dalam berhadapan dengan pilihan raya akan datang.

Kerana itu penulis berpendapat bahawa kecaman-kecaman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PH dan BN terhadap Ramasamy hanyalah lakonan sandiwara semata-mata.



 

Jika kita melihat semasa PH kali pertama memerintah Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018, terlalu banyak isu berkaitan dengan perkauman ini contohnya mengeluarkan kenyataan media rasmi menteri-menteri yang menggunakan tulisan Cina; cadangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan beberapa perkara lagi.

Namun kita lihat dalam pemerintahan PH-BN pada kali ini mereka nampaknya sudah belajar dari kesilapan PRU-14. Tidak banyak perkara-perkara seperti itu berlaku pada pemerintahan mereka kali ini.

Bukan kerana mereka sudah berubah, tetapi ini satu lakonan untuk mengelakkan mereka ditolak oleh rakyat terutama orang Melayu di peringkat awal pemerintahan kerajaan mereka pada kali ini. Dan mereka akan mengeluarkan ‘taring’ mereka apabila mereka betul-betul dapat mengumpulkan pengaruh mereka.

Yang menjadi masalah kepada PH-BN ialah orang-orang seperti Ramasamy yang tidak mampu berlakon atau menahan diri buat sementara waktu ini daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menunjukkan ‘hati perut mereka yang sebenar.

Orang seperti Ramasamy sangat ghairah untuk meluahkan apa sebenar yang terbuku di hati mereka sementelah mereka sedang berkuasa di peringkat Persekutuan.

Apa yang sedang berlaku pada masa ini jelas membuktikan bahawa segala anggapan bahawa ramai pemimpin PH yang anti kepada hak istimewa orang Melayu bukanlah satu persepsi tapi Ia adalah satu kenyataan dan bukan dongengan.

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka



Rencana ini juga disiarkan di ruangan Komen Editor Harakah cetak Edisi Jumaat bertarikh 17 Februari 2023

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH